Tuesday 19 July 2011

Peristiwa Dar Al-Nadwah

Apabila orang-orang musyrikin mendapati para sahabat Rasulullah s.a.w telah bersiap dan telah membawa keluar ank-anak dan harta benda mereka manuju negeri orang aws dan Khazraj,timbulah dalam perasaan mereka rasa bimbang dan gusar.Kebimbangan yang dirasai itu semakin menebal dan tak pernah mereka merasa bimbang sebegitu sebelum ini.Dihadapan mereka sekarang ada bahaya sebenar yang cukup besar yang akanmengancam kedudukan agama berhala dan ekonomi mereka.

Mereka benar-benar mengetahui peribadi Muhammad yang sangat kuat mempengaruhi disamping bakat kepimpinannya.Mereka tahu tentang kejituan para sahabatnya dan kesanggupan berkorban dijalanny.Mereka tahu bahawa kabilah-kabilah Aws dan Khazraj itu mempunyai kekuatan dan pertahanan kental.Mereka sedar bahawa kedua-dua kabilah ini telah berjaya mamupuk perasaan kasih sayang serta membuang dendam kesumat sesama mereka setelah merasai pengalaman pahit terjebak dalam peperangan saudara sepanjang beberapa tahun yang lalu.

Mereka turut sedar bahawa Madinah mempunyai kedudukan yang strategik kepada rombongan perdagangan yang sering melalui kawasan persiaran Laut Merah dari Yaman ke Syam.Penduduk Mekah yang berdagang ke Syam memperolehi hasil tahunan sebanyak satu perempat juta dinar.Ini tidak termasuk perolehan oleh penduduk Ta'if dan selainnya.Seperti yang diketahui perdagangan ini adalah selamat melalui jalan tersebut.

Justeru,orang-orang Quraish tidak syak lagi menghadapi satu ancaman serius apabila berpusatnya dakwah Islam di Yathrib dan penduduk-penduduknya pula menentang mereka.Orang-orang musyrikin mulai merasa bahaya yang bertubi-tubi mengancam kedudukan meraka.lantaran itu mereka mula mencari cara paling selamat untuk menghindarkan bahaya ini yang puncanya ialah Muhammad s.a.w pembawa panji-panji dakwah islamiyyah.

Pada hari Khamis,26 safar 14 kenabian,bersamaan 12 sep 622M iaitu selepas dua bulan setengah dari Bai'ah Aqabah kedua Parlimen Mekah (dar al Nadwah) telah mengadakan sidang paling serius dalam sejarahnya pada awal-awal pagi.Persiangan ini dihadiri semua pemimpin kabilah Quraish.Tujuannya adalah untuk membincangkan rancangan tindangan yang putus untuk segera menghapuskan Muhammad s.a.w serta menghentikan terus ajarannya daripada merebak dialam maya ini.

Tokoh-tokoh terkemuka yang hadir dalam persidangan ini yang merupakan wakil kabilah Quraish ialah :

1. Abu Jahal bin Hisham,mewakili kabilah bani Makhzum.
2. Jubayr bin Mut'imah, Ta'imah bin A'diy dan Al Harith bin 'Amir, mewakili bani nawfal bin 'Abd Manaf.
3.Syaybah dan 'Utbah bin Rabi'ah serta Abu Sufiyan bin harb, mewakili bani 'Abd Shams bin 'Abd manaf.
4.Al-Nadr bin al Harith (iaitu orang yang mencampakkan uri unta keatas Rasulullah s.a.w) mewakili bani 'Abd al Dar.
5.Abu al Bkhtariy bin Hisham,Zam'ah bin Aswad dan hakim bin Hizam,mewakili Bani Asad bin 'Abd al 'Uzza.
6.Nabih dan Muhabbih bin hajjaj,mewakili Bani Sahm
7.Umayyah bin Khalaf mewakili Bani Jumah.

Sesampainya mereka di dar al nadwah mengikut waktu yang dijanjikan,mereka terserempak dengan iblis yang menyamar seperti orang tua terhormat yang sedang berdiri dihadapan pintu.Mereka pun bertanya, "siapa orang tua ini?" Jawab iblis,"orang tua dari penduduk Najd yang telah mendengar rancangan kamu,lalu dia hadir untuk sama-sama mendengar apa yang kamu bincangkan,agar kamu dapat sama-sama mengambil pendapat dan nasihatnya."Mereka menjawab, "elok benar,silakan masuk".Lalu masuklah iblis bersama mereka.

No comments:

Post a Comment