Sunday 24 July 2011

Keputeraan Rasulullah dan 40 tahun sebelum kenabian.

NabK

Nabi s.Nabi s.a.w dilahirkan di penempatan bani Hashim  di Mekah pada hari Isnin 9 Rabi’ul Awal tahun pertama peristiwa gajah dan empat puluh tahun setelah berlalunya pemerintahan Kisra Anosyarwan .Ianya bersamaan dengan 20 atau 22 April 571 (M) berdasarkan analisis yang dibuat oleh seorang alim besar Muhammad Sulaiman al Mansurfuri dan seorang lagi penganalisis ahli falaq iaitu Mahmut Basya.

Ibn Sa’ad meriwayatkan bahawa ibu Rasulullah s.a.w pernah berkata: “ketelah aku melahirkan keluar dari farajku cahay yang menerangi untuknya istana-istana di Syam’. Ahmad meriwayatkan sebuat hadith yang hamper sama maksudnya dari al ‘Irbad bin sariyah.

Ada perkara-perkara luarbiasa (irhas) sebagai tanda perutusan Rasulullah s.a.w telah terjadi ketika baginda dilahirkan.Semasa baginda dilahirkan empat belas lengkungan igerbang istana Kisra telah gugur,api yang disembah oleh orang-orang Majusi terpadam dan gereja-gereja disekitar Bahirah sawah telah runtuh setelah ia mendap ke bumi.

Apabila baginda di lahirkan ibunya menghantar utusan kepada ‘Abd al Muttalib menyampaikan berita gembira itu.Lalu datanglah Abd Muttalib dengan penuh girang lalu masuk ke Ka’abah serta berdoa serta bersyukur kepada Allah ta’ala.Dia memilih untuk cucunya itu  nama Muhammad,nama ini tidak pernah dikenali di kalangan orang-orang Arab ketika itu dan dikhatankannya pada hari ketujuh sebagaimana kebiasaanya dilakukan orang – orang Arab.

Orang pertama yang menyusukan baginda s.a.w selepas ibunya ialah Thuwaybah hamba Abu Lahab dengan susu bayinya yang bernama Masruh.Sebelum itu dia juga telah menyusui Hambah bin Abd al Muttalib dan selepasnya dia menyusui Abu Salamah bin Abdul Asad al Makhzumiy.


Dalam keluarga Bani S

Rasulullah mempunyai adik-beradik sesuan iaitu Abdullah bin al harith, Anisah binti al Harith, Hudhafah atau Judhamah binti al harith iaitu al Shayma,gelaran yang lebih dikenali daripada nama asalnya.Halimah menyusui Rasulullah s.a.w bersama sufiyan bin al Harith bin Abd al Muttalib iaitu bapa saudara baginda sendiri.

Bapa saudara baginda iaitu Hamzah bin Abd muttalib juga menyusu dalam keluarga Bani Sa’ad bin Bakr.Dia pernah menyusu dengan ibu susu Rasulullah s.a.w pada suatu hari iaitu Halimah.Justeru,hamzah adalah saudara susuan Rasulullah s.a.w dari dua ibu susuan iaitu Thuwaybah dan Halimah al Sa’diyyah.

Semasa menyusui rasulullah s.a.w  Halimah melihat keberkatan baginda yang menimbulkan kekagumannya.Beliau menceritakan secara terperinci tentang keberkatan yang dialaminya semasa menyusui Rasulullah s.a.w seperti berikut :

Berkata Ibn Ishaq : Halimah menceritakan : Bahawa dia bersama suaminya keluar dari kampong halamannya membawa bersama bayi yang sedang disusuinya.Bersama mereka dalam rombongan itu ialah beberapa orang wanita dari bani Sa’ad bin bakarWanita-wanita itu keluar dengan tujuan untuk mencari bayi-bayi yang hendak disusui.

Kata halimah : Pada masa itu adalh musim kemarau dan kami tidak empunyai bekalan sedikit pun.Lalu aku menunggang keldaiku yang bernama Qamra’.Kami membawa bersama kami seekor unta yang telah tua,demi Allah unta itu tidak mempunyai setitik susu pun.Pada waktu malam kami tidak dapat tidur lelap disebabkan bayi kami yang menangis kerana kelaparan sedangkan susu pada saya tidak mencukupi untuk keperluannyaUnta kami pula tidak mempunyai susu untuk dijadikan makanan.Namun kami tetap mengharap agar mendapat bantuan dan penyelesaian masalah yang kami hadapi.Lantaran itu saya pun keluar menunggang keldai.Saya terus menunggang tanpa henti sehingga menyusahkan rombongan saya disebabkan tidak berdaya.Apabila kami sampai ke mekah kami pun mencari kalau-kalau ada bayi yang hendak diupah menyusu.setiap wanita dikalangan kami ditawarkan untuk menyusui Rasulullah s.a.w tetapi mereka enggan menerimanya apabila mereka diberitahu bahawa Rasullullah s.a.w  adalah seorang anak yatim.Ini disebabkan kami berharap agar mendapat sesuatu kebaikan dari bapa si bayi. Lalu kami pun berkata:Ah anak yatim! Apalah yang dapat dibuat oleh datuk dan ibunya.Itulah sebabnya kami tidak suka menerima anak yatim.Akhirnya semua wanita yang datang bersama saya mendapat bayi dari orang lain. Setelah kami berkumpul untuk berlepas pulang,saya pun berkata kepada suami saya : demi Allah,saya tidak suka pulang bersama teman-temanku tanpa mengambil seorang bayi.Demi Allah, saya akan pergi kepada si yatim itu dan mengambilnya.Suamiku berkata: Tidak ada salahnya kamu berbuat begitu,Mudah-mudahan Allah akan menjadikan kita keberkatan pada bayi itu.Lalu saya pun pergi dan mengambilnya.Tidak ada yang mendorong saya mengambilnya melainkan kerana tidak mendapati bayi yang lain.Setelah mengambilnya,saya pun kembali kepada kenderaan saya.Setelah saya letakkan dia didalam bilik,saya pun menghulurkan tetek kepadanya agar diminum sebanyak mana yang dimahu.Lalu diminumnya sehingga puas dan saudaranya juga minum sehingga puas.Kemudian kedua-dua bayi itu pun tidur.Sebelum itu kami tidak pernah dapat tidur bersamanya.Lalu suami saya pun bangun pergi kepada unta tua kami,tiba-tiba didapati ia mempunyai susu.lalu diperahnya susu unta itu sekadar untuk minumannya dan saya juga turut meminumnya bersama sehingga kami betul-betul rasa puas dan kenyang.Pada malam itu kami dapat tidur lena.Apabila pagi,suamiku berkata kepadaku: Demi Allah ketahuilah wahai Halimah,sesungguhnya engkau telah mengambil seorang manusia yang diberkati.Saya menjawab: Demi Allah saya pun mengharapkan demikian.Kemudian kami keluar dan saya menunggang keldaisaya itu dan saya bawa Rasulullah bersama saya.Demi Allah keldai itu bergerak dengan pantas sekali sehingga tidak mampu dikejar oleh keldai-keldai mereka yang lain sehinggakan para temanku berkata: Hai puteri Abu Dhu’ayb,jahanam kamu,perlahanlah sikit,bukankah keldai itu yang kamu tunggang semasa keluar bersama kami?Saya menjawab:Bahkan demi Allah, keldai inilah yang saya tunggang dahulu.Lalu wanita berkata: Demi Allah pada keldai itu ada sesuatu urusan.Kemudian kami pun sampai kerumah-rumah kami di perkampungan bani Sa’ad.Setakat yang aku tahu kampong kami adalah tempat yang paling teruk ditimpa kemarau.Tatkala kami pulang membawa baginda,kambing-kambingku pulang dari meragut dalam keadaan kenyang dan mempunyai susu.Lalu kami perah dan minum susu kambing itu sedangkan orang lain tidak mendapat sebarang setitik susu pun pada lambung susu kambing mereka.Sehingga kaum kami yang melihat hal tersebut berkata kepada para pengembara:jahanam kamu,mengapa kamu tidak membawa kambing-kambing itu ditempat yang dibawa oleh pengembala puteri Abu Dhu’ayb?Tetapi kambing mereka pulang dalam keadaan lapar sedangkan kambingku pulang dalam keadaan kenyang dan mempunyai susu.Kami terus mendapat tambahan  dan keberkatan dari Allah sehinggalah usia Baginda berlalu dua tahun dan berhenti menyusu.Baginda membesar dengan cepat tidak seperti kank2 lain.Tidak sampai dua tahun baginda telah menjadi seorang kanak-kanak yang berhenti menyusu.Setelah itu kami pun membawanya kepada ibunya sedangkan kami sangat ingin agar baginda terus menetap bersama kami disebabkan kami melihat sendiri keberkatannya.Lalu kami sampaikan hasrat kami kepada ibunya.Saya berkata: Tinggalkanlah anak ini disisiku sehingga ia besar kerana saya bimbang nanti ia ditimpa wabak penyakit dimekah.Katanya lagi: Kami terus mendesak ibunya sehingga akhirnya ia mengembalikan anak itu kepada kami


Begitulah baginda Rasulullah s.a.w terus berada dalam peliharaan Bani Sa’ad.Apabila berlalu empat atau lima tahun dari kelahirannya berlakulah peristiwapembelahan dada baginda.Muslim meriwayatkan dari Anas bahawa Rasulullah pernah didatangi Jibril ketika baginda masih kanak-kanak dan sedang bermain dengan kanak-kanak yang lain.Jibril telah menangkapnya lalu membelah tempat hatinya serta mengeluarkan hatinya.Dari hati itu dikeluarkan sebuku darah,lalu dia berkata: Inilah bahagian syaitan padamu.Kemudian dibasuhnya hati itu di dalam sebuah bekas dari emas dan air Zamzam.Kamudian dicantumkan semula dan dikembalikan Ketempat asalnya.Kanak-kanak yang melihat kejadian itu pun datang berlari-lari kepada ibunya iaitu ibu susuannya seraya berkata: Muhammad telah dibunuh.Lalu mereka pun datang kepada Muhammad dan didapati Muhammad berubah air mukanya..




No comments:

Post a Comment